Sunday 20 January 2019

MEMBUAT KERTAS KERJA MENGENAI PROJEK CSR.

Pada 03 Januari 2018 , perjumpaan kali ini kami diberi tugasan untuk menyediakan kertas kerja untuk projek CSR kami . Kami membincangkan tentang apa aktiviti yang patut kami lakukan , waktu yang sesuai untuk pergi dan sebagainya. Kami telah sepakat membuat keputusan untuk membuat CSR kami di Zoo Melaka. Kami juga telah menyatakan beberapa AJK di dalam kertas kerja tersebut. Selain itu , kami juga membincangkan tentang bajet-bajet yang kami perlukan untuk menjalankan program CSR kami ini . Kami berharap agar projek CSR kami ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan semoga para peserta mendapat input-input yang banyak serta pengajaran yang diperolehi daripada projek CSR kami ini .  Berikut adalah contoh kertas kerja yang diambil dari internet :
ANGGARAN BAJET YANG DIPERLUKAN.

TUJUAN ATAU OBJEKTIF UNTU MELAKUKAN PROJEK.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN UDARA.

Antara langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi mengurangkan pencemaran udara adalah :

1) Menghijaukan kawasan 

-Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu . Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesinya.

2) Mengamalkan penggunaan Petrol tanpa Plumbum

-Penggunaan Petrol tanpa Plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku pada waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk , asma , sakit jantung , dan selesama daripada terus berlarutan .

3)Mengadakan Program Kitar Semula

-Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas . Seperti Surat Khabar , majalah-majalah lama , kertas terpakai dan kotak kertas. Keduanya , adalah plastik . Seperti botol-botol plastik yang tidak terpakai , polisterin , plastik barangan dan lain-lain. Bahan kitar semula yang lain pula adalah seperti kaca , logam , tekstil dan elektronik.Barang-barang ini boleh diproses seula untuk menghasilkan kertas  baru . Dan juga , mengadakan program atau pertandingan reka cipta menggunakan bahan kitar semula , larian sambil membawa pokok bunga dan berkempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar berkaitan dalam kehidupan kita seharian.

4) Penguatkuasaan Undang-Undang

-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing .Oleh itu, jika ada kilang yang tidak memtuhi akta kualiti alam sekitar , penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

5) Kempen

-Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam Television dan Radio hendklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang .




Disediakan oleh: Athirah Syamimi Binti Azman

ARTIKEL : PENCEMARAN UDARA MENCECAH TAHAP DUNIA BERBAHAYA.











Disediakan oleh: Athirah Syamimi Binti Azman

Wednesday 2 January 2019

PEMBENTANGAN MENGENAI LOGO KUMPULAN








Pada minggu kedua , kami membuat pembentangan tentang logo kumpulan yang dicipta oleh setiap kumpulan. Kumpulan kami menerangkan tentang maksud disebalik logo yang kami cipta . Semasa kami membuat perbentangan ini , seorang daripada ahli kumpulan kami tiada kerana terlibat didalam aktiviti lain . Semasa sesi ini , kami dapat memperkenalkan bentuk dan maksud loga yang kami ciptakan bersama .



Disediakan oleh: Puteri Anis NurTahirah Binti Azree

LOGO KUMPULAN

Pada 13 Disember 2018 , kelab mesra alam telah membuat satu perjumpaan pada minggu pertama kokurikulum iaitu pada hari Khamis bertempat di Bilik Kuliah 6 untuk sesi perkenalan dan mengambil kedatangan . Pada hari tersebut juga , kami telah dibahagikan kepada satu kumpulan untuk membuat satu logo kumpulan yang berkaitan dengan kelab mesra alam . Logo kumpulan kami merupakan satu logo berbentuk "Shield" sebagai tanda perlindungan terhadap alam sekitar . Selain itu, ukiran ranting kayu dan daun juga mewakili sebagai pokok bakau yang ada di bumi ini dan warna biru yang berada di dalam lambang itu juga mewakili sebagai laut yang merupakan sumber alam sekitar yang patut kita jaga dan kita pelihara. Dan perkataan "GO GREEN " di dalam logo itu merupakan satu galakan untuk orang yang melihatnya supaya sama-sama menjaga alam sekitar agar terjaga dengan baik
.
KUMPULAN KAMI SEDANG BERBINCANG TENTANG LOGO KUMPULAN.


Disediakan oleh: Maizurah Binti Mohd Zin

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA KUMPULAN


1. NUR SAIDAH SYAHIRAH BINTI SHAHARUDDIN  (30DLS17F2008)
2.PUTERI ANIS NURTAHIRAH BINTI AZREE             (30DEN17F2007)
3.ATHIRAH SYAMIMI BINTI AZMAN                           (30DIB17F2005)
4.MAIZURAH BINTI MOHD ZAIN                                 (30DLS17F2049)
5.MUHAMMAD FAUZI BIN AZMAN                             (30DLS17F2037)