Wednesday 20 March 2019

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENGECAT DINDING PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR.

Pada 7 March 2019 , kami telah diberikan tugasan untuk mengecat dan bergotong-royong untuk membersihkan dan mengecat pejabat Hal Ehwal Pelajar . Pada hari tersebut kami telah mengecat Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan bertemakan Geometrik dengan menggunakan warna Peach Shining dan Warna Biru Muda.

Membuat ukuran terlebih dahulu.

Membuat garisan di dinding menggunkan salotape

Sedang mengecat mengikut garisan 

Membancuh cat terlebih dahulu

Aktiviti mengecat bermula .

Gambar sebelum dan selepas siap mengecat

Gambar sesudah siap mengecat

MEMBUAT PROJEK POKOK DO IT BY YOURSELF (DIY)

Pada 20 February 2019 , kami telah diberikan tugasan untuk membuat pokok DIY sendiri untuk projek Kelab Mesra Alam kami . Pokok kami bertemakan Unicorn berfantasi . Berikut adalah pokok DIY kami.


PROGRAM CSR DI ZOO MELAKA , AYER KEROH.


     Pada tanggal 28 February 2019 , kelab kami iaitu kelab Mesra Alam telah mengadakan program CSR dengan bertemakan "Cintailah Alam Sekitar " di Zoo Melaka , Ayer Keroh . Anggota ahli kelab yang terlibat adalah seramai 25 orang pelajar , 19 orang Pensyarah Penasihat yang telah mengikuti Program CSR kami ini . Sebelum kami bertolak ke Zoo Melaka , kami telah diarahkan berkumpul di lobi Politeknik METrO Johor Bahru pada pukul 05:00 pagi untuk menandatangan kehadiran ahli untuk mengetahui berapa ramai yang akan menyertai program tersebut . Setelah selesai kami menandatangan kehadiran , kami diarahkan menaiki bas pada jam 05:15 minit pagi dan bersiap sedia untuk bertolak ke Melaka dengan memulakan bacaan doa yang telah dibaca oleh salah seorang ahli kelab kami sebelum kami memulakan perjalanan ke Zoo Melaka. Seterusnya , pada pukul 06:20 minit pagi pula kami berhenti  di Petrol Pam Minyak Shell , Machap  untuk melaksanakan  kewajipan sebagai seorang Muslim iaitu menunaikan Solat Subuh di surau tersebut .


     Pada pukul 08:15 minit pagi - Setibanya kami  di Zoo Melaka , kami telah diarahkan berkumpul di perkarangan Zoo Melaka untuk sesi bergambar sebelum bermulanya program CSR kami. Sesudah sahaja kami bergambar , Pensyarah Penasihat Kelab Mesra Alam kami iaitu Madam Diana Lee Phooi Yan mendaftarkan , mengesahkan serta membuat pembayaran sebelum kami dibenarkan masuk ke dalam kawasan Zoo Melaka tersebut . Pada masa sama juga , kami diarahkan untuk berkumpul sekali lagi oleh pihak Zoo Melaka di sana untuk sesi  memberikan serba sedikit taklimat sewaktu memulakan program , semasa program , larangan dan juga peraturan yang harus kami patuhi semasa keberadaan kami sepanjang menjalankan program csr tersebut .  Selepas itu, kami diberi arahan untuk membentuk 8 kumpulan iaitu setiap 1 kumpulan mempunyai seramai 8 orang hingga ke 6 orang dalam setiap 1 kumpulan . Di samping itu , juga setiap kumpulan yang telah dibentuk diberikan nama-nama haiwan yang berada di Zoo Melaka tersebut dan mula membahagi-bahagikan tugas serta tempat yang akan kami bersihkan .
Pihak Zoo Melaka memulakan taklimat

Taklimat pembahagian kumpulan diberikan.

Taklimat untuk tugasan sedang diberikan.
    Pada pukul 10.00 minit pagi pula , kami diberikan tugasan untuk setiap kumpulan yang akan membersihkan kandang Ryhno , Serigala, Gajah, sangkar Burung Kakak Tua dan sebagainya. Selain itu, kami juga membahagi-bahagikan tugas masing-masing di dalam kumpulan sebelum menjalankan tugasan yang telah diberikan. Kumpulan kami iaitu kumpulan Ryhno telah diberikan tugasan untuk membersihkan sangkar Burung dan kandang Rhyno itu sendiri. Kami membersihkan dan memberikan makanan kepada Burung-burung di sana . Berikut adalah aktivit yang kami lakukan :
Membasuh bekas makanan Burung dengan bersih.

Salah seorang ahli Kelab Mesra Alam yang sedang membersihkan Kolam ikan di Sangkar Burung
Membersihkan daun-daun kering 

 
Pensyarah Penasihat sedang membersihkan di kawasan Zoo


Pensyarah Penasihat sedang membersihkan di kawasan Zoo

 Kumpulan Serigala sedang membersihkan di kawasan Zoo


Ahli Kumpulan Rhyno bergambar sebelum memulakan misi membersih.

Pensyarah Penasihat Ahli Kelab Mesra Alam sedang memotong Tebu di dapur Zoo Melaka.




Ahli Kumpulan Harimau bergambar bersama dengan Pihak Zoo.



Pihak Zoo menyampaikan Sijil kepada Ketua Jabatan Politeknik METrO Johor Bahru iaitu Puan Nurlinda . 


Sesi bergambar di Zoo sebelum bertolak ke Johor.


Pada pukul 11:00 minit pagi selesai tugasan yang diberikan , kami diminta untuk berkumpul di tempat persembahan haiwan untuk acara penutupan Program CSR kami di Zoo Melaka. Di samping itu juga, acara penutupan tersebut telah dimulakan dengan ucapan dari Pihak Zoo Melaka dan seterusnya dengan acara penyampaian sijil kepada Ketua Jabatan Politeknik METrO Johor Bahru . Sebelum tamatnya acara penutupan program tersebut kami sempat bergambar dengan Pihak Zoo sebelum berakhirnya program tersebut.

Setelah selesai program kami makan di Restoran Asam Pedas Pak Man