Sunday 20 January 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN UDARA.

Antara langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi mengurangkan pencemaran udara adalah :

1) Menghijaukan kawasan 

-Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu . Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesinya.

2) Mengamalkan penggunaan Petrol tanpa Plumbum

-Penggunaan Petrol tanpa Plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku pada waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk , asma , sakit jantung , dan selesama daripada terus berlarutan .

3)Mengadakan Program Kitar Semula

-Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas . Seperti Surat Khabar , majalah-majalah lama , kertas terpakai dan kotak kertas. Keduanya , adalah plastik . Seperti botol-botol plastik yang tidak terpakai , polisterin , plastik barangan dan lain-lain. Bahan kitar semula yang lain pula adalah seperti kaca , logam , tekstil dan elektronik.Barang-barang ini boleh diproses seula untuk menghasilkan kertas  baru . Dan juga , mengadakan program atau pertandingan reka cipta menggunakan bahan kitar semula , larian sambil membawa pokok bunga dan berkempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar berkaitan dalam kehidupan kita seharian.

4) Penguatkuasaan Undang-Undang

-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing .Oleh itu, jika ada kilang yang tidak memtuhi akta kualiti alam sekitar , penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

5) Kempen

-Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam Television dan Radio hendklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang .




Disediakan oleh: Athirah Syamimi Binti Azman

No comments:

Post a Comment